amistad siempre

lagu

background blog

cursor comel

link warna pelangi

Naik atas laju2

whos.amung.us

dashboard button

Demi Masa

Saturday, March 1, 2014

Mengeluh...?

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9). …

Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia … ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat… ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).

Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hati kita.





^__^

Friday, February 7, 2014

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Lupa

Assalamualaikum ! Salam sejahtera! :)

..apsal orang tu, masam aje..

apsal dia ni,, tetiba je moody. ish.

hei...hei.. cuba lihat diri anda di cermin sekarang.. riak apakah yang terpamer?

^_^  <<<--- bagus, kekalkan.


hehe.

kekadang, kiter lupa.. kiter tak senyum dulu, camner awok nak senyum, kan?

kekadang , kiter lupa, kita yang tayang muka moody, pastu dok tak senang hati dengan orang sekeliling.


ish..ish..ish... parah laa kiter ni... makan semut banyak ya? ke... makan kepala ikan?

Pemakanan yang boleh menjadikan kita pelupa :

1. Banyak makan epal masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh
melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas
dan makanan segera. Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

hmm.. ade jugak ter.. termakan makanan-makanan di atas ni.. aisyh,, jom sama-sama ubah. :) hihi.

Kata-kata terakhir dari saya.. eh, eh.. dari kiter.. (haha, entah apa-apa. >,<)
jagalah pemakanan anda. 











P/s :::: Jangan lupa, tolong doakan saya juga ya. Terima kasih. ^_~


Wednesday, December 18, 2013

Terima kasih.

Dua patah perkataan magik dalam kehidupan seharian.

TERIMA KASIH.

praktikkan tahu.

terima kasih baca!


Ma'as salamah wa ilal liqa'..

Fi hifzillah.


=)


p/s : doakan hamba ini. supaya kuat iman dan hati.. jazakumullahu khairan kasiran.


Friday, November 22, 2013

Pergi main jauh-jauhlaa.

homesick. gi main jauh2..

jgn kacau orang2 yg nk berpergian.

v_v

barang x kemas lagi.

perlu menghalau diri sendiri. wahai jiwa..tlg kekal dalam diri. tlg jgn terpisah dari jasad ini pada esok hari.

pagi atau petang esok kah?

hei3.. nak gi belajar kan? bukannya kena gi medan perang yg ade kereta kebal, jet pejuang dan perlu sembunyikan diri.

kau dapat belajar dlm keadaan tenang, aman dan damai.

x perlulah bermain dgn emosi sgt.

bersyukur. bersyukur. bersyukur.

Alhamdulillah..

dpt pensyarah yg baik-baik belaka.. penyayang.. ambil berat sokmo.

manfaatkan lah. disediakan tazkirah, kuliah serta motivasi diri saban hari.. 

nota-nota yg x perlu cari sendiri..

penerangan lanjut pon F.O.C . 

apa lagi yg kau nak..?

hmm..

pernahkah kau terfikir akan keadaan mereka yg tidak berpeluang untuk menuntut ilmu?

pernahkah kau terfikir akan mereka yang langsung tidak kenal abc, 123 mahupun alif, ba dan ta..?

pernahkah kau terfikir akan mereka yang lambat pemahamannya terhadap sesuatu perkara?

pernahkah kau terfikir apakah yang engkau perlu sebenarnya?

pernah kau cuba bertanya pada dirimu sendiri?

pernahkah???????

persoalan kekal persoalankah? 

pernah cari jawapan?

pernah.

pernah amalkan atau menambahbaik diri setelah menemui jawapan?

err. kadang-kadang. 

*hehe*

hanya sengihan dan ketawa kecil je yg keluar.

tindakan? x drastik pon..

pastu..pastu.. asyik mengeluh je.. itu x kena.. ini x betol.

dahlah..

drpd 'berkata-kata' di sini.. g kemas barang lagi bagus. 

shuh.. pergi sana .. cepat3..

esok da nak balik x reti-reti nak mempergikan diri.
(heh, slh penggunaan imbuhan di situ)

hihi. 

semoga saya dan anda menjadi manusia yang lebih baik.

wahh~~

semester dua yang mencabar.....


Buat tatapan dan peringatan serta pengisian waktu rehat.. :)








p/s : Ilal liqa' and fi hifzillah.. yang tengah bercuti di rumah mahupun sedang makan angin~
jaga iman sokmo, deh. 
Doakan Nur Liyana selalu.. 

Jazakumullah. =)


Wednesday, November 20, 2013

PETUA KHUSYUK SOLAT

Assalamualaikum.. ^_^

kefhal? (apa khabar?) 

entri kali ni via page  Islamic Articles .  :) 



Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa.

 Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata.. 
"Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].





Tuesday, November 19, 2013

Kenapa Allah menceritakan kisah para nabi?

Assalamualaikum. :)




Subhanallah . 


haa.. kenapa?

sebab ..

1.  Supaya manusia berfikir. Allah berfirman dalam surah Al-A'raf ayat 176..

"Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. "


2. Meningkatkan tahap keimanan.

Allah berfirman :
"Dan tiap-tiap berita dari berita rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad). untuk menguatkan hatimu engan hatiNya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman." (Hud 11:120)

3. Sebagai pengajaran dalam kehidupan.

Allah berfirman :
"Kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Kisah nabi-nabi bukanlah cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta ia menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Yusuf 12:111)



nota kaki untuk anda : thanks for reading! semoga menjadi insan pemikir . :D
nota kaki utk diri sendiri: nur liyana, sila doakan orang lain, saudara2 jugak ye, jgn jd sombong.

An apple a day keeps the doctor away .

A doctor and an engineer, both loved the same girl.

Doctor gives her a rose everyday.

Engineer gives her an apple daily.

Doctor : Why u gives her an apple everyday?

Engineer :  An Apple a day keeps a doctor away . :D